Dapatkan update terkini dari TIPS PEPERIKSAAN secara PERCUMA dengan melanggan email dari kami. Sila masukkan nama dan email anda di ruang yang disediakan. Kemudian buka email anda untuk klik link pengesahan. Semua informasi adalah PERCUMA terus ke email anda

* indicates required

Thursday, March 8, 2012

Pelajar Terbaik STPM 2011

Pelajar Terbaik STPM Terengganu amal empat petua


BESUT - Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dariSekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua matapelajaran yang diambil.

"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Qurandan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.

Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi 'A' dalam Pengajian Am, Usuluddin,Syariah dan Sejarah serta 'B+' dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama, berkata masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.

Menurutnya beliau telah khatam Al-Quran sebanyak 12 kali sejak berumur 12 tahun dan bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan.

Siti Aisyah Syahirah antara tiga pelajar terbaik negeri Terengganu selain Abdul Rahim Abdullah dari SMKA Durian Guling, Marang dan Rosmalizai Adanan dariSMK Tengku Ibrahim, Setiu. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Anda dipanggil EXAM SPA 2014? Dapatkan panduan exam SPA serta contoh soalan terkini secara PERCUMA terus ke email anda. Sila isi nama dan email anda di dalam kotak disediakan dan tekan subscribe

* indicates required