PANDUAN LULUS EXAM PENOLONG PENGUASA KASTAM W27. Anda dipanggil exam 5 Ogos nanti? Jika ya, sila isi nama dan email dan tekan 'subcribe' untuk dapatkan panduan ini sekarang

* indicates required

Semakan permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2012/2013

Semakan permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2012/2013 hampir tiba! Semakan boleh dibuat pada 25 April 2012 dan kepada pelajar lepasan SPM 2011 diharapkan peka dengan tarikh penting ini agar anda tidak terlepas melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



KPM

Cara semakan permohonan ke matrikulasi 2012/2013 :

  1. Semakan online terus melalui laman web Kemetrian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran ke Matrikulasi yang akan dibuka pada 25 April 2012 nanti.
  2. Melalui SMS - MOEMATNo. KP(tanpa sempang) dan hantarkan ke 15888. Contohnya : MOE MAT 940231014592 ke 15888


Cara pendaftaran ke Matrikulasi 2012/2013:

  1. Calon yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi harus membuat pendaftaran di Matrikulasi yang ditawarkan pada 28 Mei 2012 bagi matrikulasi di Semenanjung Malaysia manakala pada 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan.
  2. Segala dokumen penting seperti Surat Tawaran, Dokumen pendaftaran dan Borang Perjanjian harus dicetak sendiri oleh para pelajar dan dibawa pada sesi pendaftaran. Segala makluamt yang diisi wajib menggunakan PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA.
  3. Untuk makluma yang lebih jelas ataupun anda mempunyai perkara yang tidak pasti, anda boleh menghubungi terus pihak matrikulasi yang ditawarkan atau lawati laman web mereka.


Cara membuat rayuan ke Matrikulasi :

  1. Bagi anda yang tidak mendapat tawaran ke matrikulasi bagi sesi 2012/2013 ini, anda boleh membuat rayuan mulai tarikh 25 April 2012 hingga 13 Mei 2012 melalui lama web Kementrian Pelajaran Malaysia di Rayuan ke matrikulasi 2012/2013.
  2. Keputusan rayuan pula akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

Tahniah diucapkan kepada anda yang mendapat tawaran ke matrikulasi nanti dan didoakan agar anda terus berjaya dan dapat mengejar cita-cita anda pada masa akan datang.

sumber

11 comments:

  1. tumpang tnya, ada yg kata kalau dah dapat matrikulasi kita takkan dapat tawaran utk UPU contohnya utk buat asasi di uitm,pasum dan sebagainya. Betul ke?

    ReplyDelete
  2. kami tidak pasti kerana hal ini dikemaskini oleh KPM, cuma melalui pengalaman tahun-tahun lepas:

    1. dapat matrik, x dapat u
    2. dapat matrik dapat u

    semuanya bergantung pada rezki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi tahun 2012 ini,adakah tarikh semakan rayuan ke matrikulasi keluar lebih lewat dari tarikh pendaftaran ke u? Jika betul,apakah yang patut dilakukan oleh pelajar yang terlalu teruja untuk ke matrikulasi yang mendapat tawaran ke u? Adakah mereka patut daftar di u dahulu,atau menolak tawaran tersebut seterusnya menunggu tawaran rayuan ke matrikulasi?

      Delete
    2. Tarikh semakan rayuan ke matrik - kami tidak tahu. Sebab itu luar bidang kuasa kami.

      Seeloknya anda daftar dahulu di U sementara menunggu semakan rayuan, kecuali anda ada 'kabel' dan yakin bahawa akan dapat matrik utk panggilan kedua :)

      Delete
  3. macam mana nak tahu kita dapat tawaran dr upu ? contohnye tarikhnye atau laman webnye

    ReplyDelete
  4. tawaran upu boleh cek di website. Insyaallah sedikit masa lagi kami akan update

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya satu soalan.
    saya ada isi borang permohonan untuk memasuki matrikulasi
    dan mengisi butir - butir yng diminta oleh borang.
    selepas itu email saya menghadapi masalah lain kata ada orang 'hack' email saya . Jadi apa yang perlu saya buat . email yang saya guna untuk isi borang adalah email yang kena 'hack' itu.
    sesiapa yang boleh bantu saya bagaimana cara saya nak atasi masalah ini?

    ReplyDelete
  6. Saya nak tnya soalan.. saya btl2 nak masuk kat matrix nie, tp masalahnya.. thun lalu sy xde isi borang matrix, dsebabkan trlalu sibuk dgn aktviti skolah saya terlepas tarikh permohonan ke matrix pada bulan oktober tahun 2012... then now, i heard org say ble bt rayuan ke matrix, so.. ble ke sy buat rayuan wlaupun saya xde isi borang matrix pda thun 2012???... pls answer me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba anda hubungi kpm dan tanya mereka..mungkin ada penyelesaian

      Delete
  7. saya nak tanya sekiranya kita masuk matrix dan mendapat tawaran ke ipta...kalau kita tak habiskan semester adakah pemulangan separuh daripada yuran matrikulasi boleh di kembalikan? ramai yang memilih untuk masuk ke matrikulasi sementara menunggu keputusan upu..dan kemungkinan dalam masa seminggu di matrikulasi keputusan upu akan keluarkan??-mohon penjelasan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saudara,

      persoalan di atas di luar pengetahuan kami. Kami hanya menyampaikan info. atau lebih baik saudara call sendiri matrix

      Delete

CARA MELANGGAN EMAIL UNTUK MENDAPAT UPDATE DARI TIPS PEPERIKSAAN

1. Masukkan email anda di ruang yang disediakan dan klik butang "Subcribe"

2. masukkan kod captcha yang diberi (nombor atau huruf), kemudian klik butang "Complete Subcription Request"

3. Sila buka email anda, dan klik pada link yang dihantar. Jika tiada dalam inbox, sila semak di dalam spam box.

4. Klik link pengesahan dan anda akan mendapat update terkini dari tips peperiksaan secara percuma.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts